Saturday, 7 March 2015

Hikayat Lima Bersaudara

" Woi Jebat!". Satu suara pecah dari tingkat 3 sebuah bangunan sekolah.

Ah sudah, buat hal lagi.

Empunya badan di tingkat bawah tersengih aje. Wajahnya di paling sekejap, mendongak ke atas.

Tidak peduli dia terus berjalan laju menuju ke pagar sekolah yang sedikit tersorok dek pohon besar yang merimbun. Jalan di luar kawasan sekolah itu kelihatan lengang tetapi bola mata anak muda itu tetap melilau, melihat di sekeliling.

Derapan tapak kaki dari jauh kedengaran dek daun-daun kering yang menutupi tanah. Jebat memandang sekilas sebelum pandangannya dialih ke depan kembali.

" Amacam? settle?" Jebat bertanya malas.

" Heh, no hal. On." Si jejaka berkaca mata hitam itu membalas.

Dia mengambil tempat, bercangkung dibawah pokok bersebelahan Jebat.

" Lekiu." Jebat menyebut sepatah

" Hm."

" Kau dah kenapa pakai spek hitam pagi-pagi buta? Buang tebiat?"

Lekiu sengih. Jari telunjuknya ditala ke langit.

" Equinox." 

Jebat buat muka kejang. 

'Sah buang tebiat budak ni.'

" Weh, Kas mane, Kas? Pehal lambat. Karang kena cekup macam cicak kena lastik karang, sape nak jawab?"

" Tadi aku tepon cakap dah kat umah K. Rilek arh." Tenang Lekiu menjawab. 

" Kau konpem ni mamat berdua tu bawak motor? Kalau tak pancit kita nak lari camtu aje." Jebat mengomel.
Disebelah, Lekiu dah di dalam dunia sendiri. Satu patah omelan Jebat pon dia tak dengar. 

' Gelap pulak dunia hari ni ye. Ape kes. Nak hujan ke ape.' 

Lekiu mengakat muka ke langit, bertanya soalan bodoh dalam hati sedangkan spek hitam itu elok aje bertenggek di atas batang hidungnya. Mau tak gelap. 

Kepalanya yang di dongak beralih ke Tingkat 3 bangunan kelas mereka. 

" Tuah macam mana?" Lekiu bertanya.

" Macam biasa." Jebat sengih.

" Ape? Marah? Kau rasa dia biar ke dia ikut? Batang hidung tak nampak lagi "

" Ikut."

" Kau rase dia ikut?"

Jebat dah berdiri menyadang beg.

" Aku tak rasa. Aku tahu dia ikut."  

Tiba- tiba satu aura lain macam mula menjelma. Bunyi derapan tapak kaki makin rancak di dengari. Makin dekat. Satu kelibat dari jauh mula kelihatan. 

Kedua- duanya memandang ke arah kawasan rehat pelajar tidak jauh dari pokok besar itu. Mata dikecilkan, dahi berkerut-kerut.

" Weh, blah, blah." Jebat menarik kuat lengan baju Lekiu. Namun Lekiu masih di situ. terpampan.

'Macam pernah kulihat, tapi dimana ya? ' Oh, patot la tak clear.' Lekiu mengalihkan spek dari wajahnya. Matanya yang mengecil itu tiba-tiba bulat.

Dia bingkas bangun. Panik sekejap melihat Jebat yang dengan lajunya sedang memanjat pagar.

" Ah, Pok Ya lejen kacau line pulak dah." Lekiu mengomel halus. Kelihatan dari jauh adalah Pok Ya, pak guard garang yang suka mengcekup pelajar, sedang meronda-ronda.

" Woi cepat la woi." Tak tahan, dia menolak kaki si Jebat.

Jebat yang cuba membuat perfect landing, hampir tersungkur di sebelah pagar. 

'Mangkuk, nasib tak jatuh.'

Dari jauh, kelihatan kelibat Qasturi dan Lekir memecut laju ke arahnya yang berada di diluar pagar sekolah.   

'Heh, sampai jugek. Lega.' Tapi dahi Jebat mula berkerut hebat. 

' Aaapa..aapakah yang mereka pandu ini?'

" Tengok ape lagi? Emergency punye kes. Kau tahu ape. Naik! Jangan banyak bunyi." Lekir memberi amaran. Tercungap- cungap dia dibuatnya. Ingat senang, nak drive ciptaan manusia ni?

Jebat pantas mengambil tempat di belakang Lekir atau nama glamour nya K.

'Rosak imej cenggini.' Jebat menggerutu.

Lekiu pula entah bila masa dah sempat mendarat di kawasan luar sekolah. Siap dah ambil tempat lagi. Pinggang Qasturi dipeluk erat. Lelah. ( Lekiu is a perfectly normal guy. No wild imagination plz.haha) 

'Fuh, lega.'
  
Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

" Woi, beg aku tertinggal bawah pokok!" Lekiu melompat turun dari tempat duduk belakarang. 

" Aku dah agak dah budak ni mesti buat hal." Qasturi meraup muka yang dah berpeluh.

" Aku cadangkan dengan beg, dengan mangkuk ni sekali kita tinggal." Lekir menambah.

" Cadangan ditutup. Setuju." Jebat mengibas-ngibas baju sekolah nya, mengharapkan sedikit angin.

Tak peduli, Lekiu dah mengangkat kaki nak memanjat pagar yang seperti tembok itu. Namun, tiba- tiba sebuah beg di baling ke luar ke arah mereka. Mata masing-masing pandang beg yang berguling atas rumput.

Serentak, mata mereka berpaling pada tembok itu. Kelihatan Tuah yang dah meletakkan sebahagian badannya di atas pagar sbelum dia melompat turun ke sebelah pagar itu.

" Lembap". Tangannya yang berdebu disapu-sapu. 

Lekiu sengih.


" Aku tak rasa. Aku tahu dia ikut."  


Dia teringat kata-kata Jebat.

" Dah woi cepat la. Duduk cepat." Qasturi menggesa. Tengah- tengah panas ni, ada pulak yang lalu-lalang.  Malu setepek.

Namun Tuah membeku melihat kenderaan di hadapannya. Panik.

" Kejadah ape ni? Motor mana?"

Lekiu dan Qasturi tergelak. 

" Panjang cerita. karang aku cerita. Naik la cepat."

" Nak naik celah mane? Kau bawak basikal, bukan airbus, tahu?

Terdiam.

" Ada lagi satu spot kosong." Qasturi mencelah.

Matanya melirik ke arah batang besi di tengah- tengah basikal diantara pemegang basikal dan tempat duduknya.

Lekir dah tergelak. Nak tak nak, sakit jugak landing dekat situ sambil orang mengayuh.

"Tak sakit, bro. " Memahami ilusi Tuah, Jebat memberi semangat tapi diri sendiri gaya tak konfiden.

Lekiu dah sarung spek hitam balik.

" Panas ni. Karang hitam aku. Bila nak gerak?"

Dan Tuah hanya mampu mengeluh.

" Men." 






































Monday, 2 March 2015

Scared

I'm scared,
Of how far i went,
Of how high the hopes
that i visualized within that small world

and I'm scared
Of how deep it'd take
before i was buried
never to exist 
even as a pleasant memory
within that innocent mind,

and I keep being scared,
that I,
like a shadow
will follow the route of guilt
until the day come
of me, kneeling
asking for forgiveness

So do me a favor
Of letting me free
By only,
Only,
be happy. 

-NUFAN







Friday, 27 February 2015

Bravery.

[Jalan yang benar itu selalunya sepi]

Nampak tak tajuk tu dalam bahasa omputih?

Aku acah je. aku nak cakap Melayu je sebenarnya. hahaha



Cuba kau bayangkan,
antara buat benda yang betul tapi sakit, dengan buat benda salah tapi bahagia,
antara pegi ngaji depan tok nenek pastu kena balun satu baldi sebab tajwid salah, dengan kau redah je ngaji selamaba katak dengan tajwid lintang pukang tanpa tok guru tanpa orang marah.

eh tak ke genius comparison cenggitu?

Sebab tu orang cakap, bukan senang nak jadi berani. Perkataan kuat, berani, tabah tu kau jangan tengok dalam ideologi klise dan sempit macam yang dunia dah bentangkan.

Berani tu Hang Tuah,

Kuat tu the Rock

Tabah tu Tegar yang nyanyi guna ukelele sampai meleleh taik telinga aku dengar.


Ape kes.

Bila kau mampu angkat kaki kau keluar dari jalan salah, kau tak rasa ke tu berani?

Kau pijak jalan betul, tapi ada duri, tapi kau pijak jugak. Tak kisah la taim tu kau sarung sneakers ke, flip flop ke, kasut kuning Phua Chu Kang ke ape. Apa tak cukup berani ke?

Pergh, mak aku angin sangat aku pakai selipar ala2 Jepun cenggitu. tapi aku punye ade stail lagi, org putih panggil flip plop. Yang selalu aku sarung Flipper tapi pasar malam punye je woi.

Kata ibu, cubalah jadi perempuan sikit.

Aku dengan yakinnya balas,

"Ibu, mahkota wanita tu tidak sepenuhnya terletak pada pemakaiannya, tapi juga pada hatinya. Setakat pakai cecantik lip lap lip berkelip kat tudung,baju ngn selipar gaya macam siren kereta polis
tapi hati busuk gaya kuah singgang basi buat ape."

Tapi bu tak makan sangat arguement aku walaupun aku rasa arguement aku dah abis canggih lagi bermutu macam kicap cap udang. Dia buat dek je.

Sambung.

Suka hati aku je. ahaha.

Itulah, aku nak cakap janganlah kau pandang remeh orang-orang biasa kat tepi jalan yang kau terserempak tu.

Kau nampak yang luar je, kau tak tahu dia tengah berlawan dengan apa dalam hati dia.

dan bagi aku, berani tu terletak pada cara kau mengawal hati, menolak benda salah, baiki kesilapan, walaupon benda tu susah.

cuba kau pandang balik dalam masa-masa yang lepas,

pernah ke kau buat keputusan yang betul walaupon kau rasa benda tu boleh lukakan kau, lukakan orang lain. Pernah ke kau paksa jugak diri untuk buat benda yang betul walau payah, walau kau ditinggal sendiri.

kalau kau pernah, aku respek.

kalau kau tak pernah,cubalah. InsyaAllah, jalan bahagia tu panjang sepanjang laluan kereta api Tanah Melayu.

Aku cakap je, kau jangan cakap aku tazkirah pulak. ahaha.

kau kena tau beza tazkirah dengan merepek macam yang aku buat ni.

Jika dibandingkan,

Jauh panggang dari api,
Jauh lagi langit dengan bumi,

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai masam.

Eh.




















Monday, 16 February 2015

Jack, sindrom dan pakcik tua.

Selepas memperdengarkan kisah first lovenya, Jack dengan penuh macho bertenggek ditepi sebatang tiang besar dikawasan hadapan dek. Kakinya disilangkan sambil dia memandang ke arah lautan dihadapan. (taim ni iceberg belum membeku)

'Heh, boleh tahan kool jugek aku tadi hadapan si gadis-gadis.'


Dia tersengih. 

Tangannya mengeluarkan telefon sebesar dan setebal pemadam papan hitam dari poketnya. Tangannya pantas membuka laman fesbuk. Bola matanya bergerak mengikut status yang diupdate oleh teman-temannya.

Tiba-tiba matanya terhenti di sebuah status.

Rose.

I was at the deck juz now & the water splashed on my clothes.  Luckily a gentleman offered me a handkerchief. Glad he was there.
Membaca satus tersebut Jack jadi penasaran.  Ces jadi slang indon pulak.
Dia meneliti komen2  pada status itu satu persatu.

<Emaline Nicholas > wow…such a true gentleman. Hard to find these days.
<Rose Heddinburgh>  : men are hard to find but boys are too many.
<Abe Fendy> doh bakpo lagu tu  gak. Dok pahe kito.
<Rose> hahaha



Dia terus membaca komen-komen tersebut  sehingga habis. Tangannya mula menekan butang-butang di telefon duster itu untuk menaip di ruang komen.
Belum sempat dia menghabiskan ayat, satu komen terbaru masuk.

<Ben,S> : Same with our memory before, right? The difference is, you gave the handkerchief to me first. ;)

Tangan Jack terhenti dari menaip.


'Cis, siapakah si polan ini.'

Seperti stalker tegar, Jack terus mengikuti perbualan di ruang komen itu. Satu demi satu komen diteliti. 

Semakin lama, Jack dapat merasakan aura mengayat dan miang dari lelaki itu.
Jack pantang betul dengan lelaki miang. Apatah lagi, si gadis itu adalah Rose. Dengan penuh gaya Jack menunding jari dan bercakap dengan marah  seakan pemuda itu ada dihadapannya. 

''Apehal  kau kacau Rose?'' 

''Rose tu dah la.."  Kata-katanya mati.

"Eh, Rose tu..". Terhenti lagi.

'Rose tu siapa, Jack?' Dirinya menyoal.

Dan dia membeku tiada jawapan.  
Terdiam lalu matanya terpandang lagi komen-komen miang si pemuda itu.

''Dem. Mengayat tahap lejen".  Dia mengomel.

Jack memalingkan muka. Kakinya menggedik. Kepala yang tak gatal digaru. Dahi juga tak lepas dari digaru. Tak tahan, leher pula digaru. Dia tidak tahu perasaan apakah ini.

Masa itu,seorang pakcik tua bersama seorang perempuan tua barangkali isterinya, melintasi Jack dikawasan dek itu. Terdengar pakcik tua itu berbisik pada isterinya,

"Awak jalan laju sikit, orang sebelah ni ada penyakit kurap. Karang berjangkit dekat saya awak jugek yang susah."


Jack terpaku. 








Friday, 13 February 2015

Nota kecil di atas Titanic

Ramai yang tak tahu, sebelum Jack jumpa Rose di atas Titanic, dan sebelum Titanic tenggelam Jack sempat bercerita tentang first love nya pada Rose.

Kata Jack, dulu si gadis idamannya ada ramai peminat. Walaupun pada zaman itu, Internet mahupun World Wide Web tak dicipta lagi. tapi fesbuk ciptaan Mark Zukeburger dah femes. Sama femes dengan fesbuk ialah gadis idaman Jack. Tambah Jack, gadis idamannya ada charm lebih. Puii.

Maka, ramai la jejaka yang cuba mengorat gadis idamannya. ada yang secara sembunyi, ada yang secara terang lagikan disuluh dengan torchlight. Komen-komen di fesbuk juga penuh dengan niat untuk memikat gadis idaman Jack. Melihat keadaan itu, Jack merasa sakit hati yang amat. 
Tensen dengan keadaan itu, Jack meluahkan rasa geramnya disekeping nota kecil dengan kata-kata:

One day, she'll get married to me. Right from that moment, back off perverts.
 That woman is mine. -Jack. 

Btw, Jack memang speaking omputih taim marah untuk mengawal perasaannya. Lalu nota itu masih dalam genggamannya sambil dia bercerita kepada Rose. 

Jack mengakhiri kisah first love nya yang tidak kesampaian dengan meletakkan nota kecil itu di tangan Rose dan berlalu pergi. Gadis-gadis pingitan di atas Titanic yang dengan selambernya tumpang dengar cerita Jack turut merasa pilu. Ramai juga yang terpikat dengan sifat setia dan kool Jack ketika dia membacakan nota kecil itu dalam bahasa omputih. Lalu mereka bertempiaran mengejar Jack meninggalkan Rose berseorangan.

Rose memandang gadis-gadis gedik lagi miang itu dengan pandangan tajam. Tangannya mencapai pena, dan dia menulis sesuatu di belakang nota kecil itu. kemudian, dia membiarkan nota itu dibawa angin sejuk sebelum ia terjatuh didalam lautan luas lagi dingin.

Selepas itu, Rose berlalu pergi dari dek  dengan action yang paling kool bersama rambut yang bertebangan. 

Dan Nota kecil itu terapung dilautan bersama tulisan yang baru dipena sebelum ia tenggalam tanpa kesan.

One day, he'll get married to me. Right from that moment, back off bitch. That man is mine.-Rose.

Thursday, 12 February 2015

Jack,Rose and Good people.


Ada seorang perempuan ni yang aku suka. Tapi tanpa usaha, aku give up on her. Tak pernah pandang belakang dan selepas tu, tak ade satu saat pon aku tak menyesal."
kata Jack kepada Rose.



Aku keluar tadi. Bumped with a nice person. kadang2 a little help from other can make u that happy. Aku appreciate org yang aku jumpa hari ni dan apa yang aku dapat. I wish that there are more of this kind  people on earth.

you know.

so that the world will be a happier place to stay.

Batman,superman, dan kroni Justice League boleh pencen dan minum kopi untuk minum petang.

and there'll be less tears. happiness. only happiness.
meh.

impossible.
but still glad to know that good people do exist.

curious if there'll be someone whom without planning, meet or bump with me and we'll have some situation. later this will come out in his or her head,

'baiknya. nasib baik ada dia.'.
orr...something like that.

anyway. i'm heading for a new start this year. Do pray for me. hee


oh, btw. Jack dan Rose tak ada kaitan dengan cerita ni ataupun dengan makhluk yang bernyawa.

eh. ade error or typo ke? malas nak check. pandai2 lah.










Saturday, 28 June 2014

Name it as you please.

Ada benda yang aku nak. 

tapi aku tahu aku takkan dapat.

tapi aku tetap letak harapan.

false hope

 No?

dreamy, perhaps?

no, i have no idea.

but pathetic?

sure i am. 


Salam Ramadhan.