Friday 27 February 2015

Bravery.

[Jalan yang benar itu selalunya sepi]

Nampak tak tajuk tu dalam bahasa omputih?

Aku acah je. aku nak cakap Melayu je sebenarnya. hahaha



Cuba kau bayangkan,
antara buat benda yang betul tapi sakit, dengan buat benda salah tapi bahagia,
antara pegi ngaji depan tok nenek pastu kena balun satu baldi sebab tajwid salah, dengan kau redah je ngaji selamaba katak dengan tajwid lintang pukang tanpa tok guru tanpa orang marah.

eh tak ke genius comparison cenggitu?

Sebab tu orang cakap, bukan senang nak jadi berani. Perkataan kuat, berani, tabah tu kau jangan tengok dalam ideologi klise dan sempit macam yang dunia dah bentangkan.

Berani tu Hang Tuah,

Kuat tu the Rock

Tabah tu Tegar yang nyanyi guna ukelele sampai meleleh taik telinga aku dengar.


Ape kes.

Bila kau mampu angkat kaki kau keluar dari jalan salah, kau tak rasa ke tu berani?

Kau pijak jalan betul, tapi ada duri, tapi kau pijak jugak. Tak kisah la taim tu kau sarung sneakers ke, flip flop ke, kasut kuning Phua Chu Kang ke ape. Apa tak cukup berani ke?

Pergh, mak aku angin sangat aku pakai selipar ala2 Jepun cenggitu. tapi aku punye ade stail lagi, org putih panggil flip plop. Yang selalu aku sarung Flipper tapi pasar malam punye je woi.

Kata ibu, cubalah jadi perempuan sikit.

Aku dengan yakinnya balas,

"Ibu, mahkota wanita tu tidak sepenuhnya terletak pada pemakaiannya, tapi juga pada hatinya. Setakat pakai cecantik lip lap lip berkelip kat tudung,baju ngn selipar gaya macam siren kereta polis
tapi hati busuk gaya kuah singgang basi buat ape."

Tapi bu tak makan sangat arguement aku walaupun aku rasa arguement aku dah abis canggih lagi bermutu macam kicap cap udang. Dia buat dek je.

Sambung.

Suka hati aku je. ahaha.

Itulah, aku nak cakap janganlah kau pandang remeh orang-orang biasa kat tepi jalan yang kau terserempak tu.

Kau nampak yang luar je, kau tak tahu dia tengah berlawan dengan apa dalam hati dia.

dan bagi aku, berani tu terletak pada cara kau mengawal hati, menolak benda salah, baiki kesilapan, walaupon benda tu susah.

cuba kau pandang balik dalam masa-masa yang lepas,

pernah ke kau buat keputusan yang betul walaupon kau rasa benda tu boleh lukakan kau, lukakan orang lain. Pernah ke kau paksa jugak diri untuk buat benda yang betul walau payah, walau kau ditinggal sendiri.

kalau kau pernah, aku respek.

kalau kau tak pernah,cubalah. InsyaAllah, jalan bahagia tu panjang sepanjang laluan kereta api Tanah Melayu.

Aku cakap je, kau jangan cakap aku tazkirah pulak. ahaha.

kau kena tau beza tazkirah dengan merepek macam yang aku buat ni.

Jika dibandingkan,

Jauh panggang dari api,
Jauh lagi langit dengan bumi,

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai masam.

Eh.




















No comments:

Post a Comment