Friday 13 February 2015

Nota kecil di atas Titanic

Ramai yang tak tahu, sebelum Jack jumpa Rose di atas Titanic, dan sebelum Titanic tenggelam Jack sempat bercerita tentang first love nya pada Rose.

Kata Jack, dulu si gadis idamannya ada ramai peminat. Walaupun pada zaman itu, Internet mahupun World Wide Web tak dicipta lagi. tapi fesbuk ciptaan Mark Zukeburger dah femes. Sama femes dengan fesbuk ialah gadis idaman Jack. Tambah Jack, gadis idamannya ada charm lebih. Puii.

Maka, ramai la jejaka yang cuba mengorat gadis idamannya. ada yang secara sembunyi, ada yang secara terang lagikan disuluh dengan torchlight. Komen-komen di fesbuk juga penuh dengan niat untuk memikat gadis idaman Jack. Melihat keadaan itu, Jack merasa sakit hati yang amat. 
Tensen dengan keadaan itu, Jack meluahkan rasa geramnya disekeping nota kecil dengan kata-kata:

One day, she'll get married to me. Right from that moment, back off perverts.
 That woman is mine. -Jack. 

Btw, Jack memang speaking omputih taim marah untuk mengawal perasaannya. Lalu nota itu masih dalam genggamannya sambil dia bercerita kepada Rose. 

Jack mengakhiri kisah first love nya yang tidak kesampaian dengan meletakkan nota kecil itu di tangan Rose dan berlalu pergi. Gadis-gadis pingitan di atas Titanic yang dengan selambernya tumpang dengar cerita Jack turut merasa pilu. Ramai juga yang terpikat dengan sifat setia dan kool Jack ketika dia membacakan nota kecil itu dalam bahasa omputih. Lalu mereka bertempiaran mengejar Jack meninggalkan Rose berseorangan.

Rose memandang gadis-gadis gedik lagi miang itu dengan pandangan tajam. Tangannya mencapai pena, dan dia menulis sesuatu di belakang nota kecil itu. kemudian, dia membiarkan nota itu dibawa angin sejuk sebelum ia terjatuh didalam lautan luas lagi dingin.

Selepas itu, Rose berlalu pergi dari dek  dengan action yang paling kool bersama rambut yang bertebangan. 

Dan Nota kecil itu terapung dilautan bersama tulisan yang baru dipena sebelum ia tenggalam tanpa kesan.

One day, he'll get married to me. Right from that moment, back off bitch. That man is mine.-Rose.

1 comment: