Monday 16 February 2015

Jack, sindrom dan pakcik tua.

Selepas memperdengarkan kisah first lovenya, Jack dengan penuh macho bertenggek ditepi sebatang tiang besar dikawasan hadapan dek. Kakinya disilangkan sambil dia memandang ke arah lautan dihadapan. (taim ni iceberg belum membeku)

'Heh, boleh tahan kool jugek aku tadi hadapan si gadis-gadis.'


Dia tersengih. 

Tangannya mengeluarkan telefon sebesar dan setebal pemadam papan hitam dari poketnya. Tangannya pantas membuka laman fesbuk. Bola matanya bergerak mengikut status yang diupdate oleh teman-temannya.

Tiba-tiba matanya terhenti di sebuah status.

Rose.

I was at the deck juz now & the water splashed on my clothes.  Luckily a gentleman offered me a handkerchief. Glad he was there.
Membaca satus tersebut Jack jadi penasaran.  Ces jadi slang indon pulak.
Dia meneliti komen2  pada status itu satu persatu.

<Emaline Nicholas > wow…such a true gentleman. Hard to find these days.
<Rose Heddinburgh>  : men are hard to find but boys are too many.
<Abe Fendy> doh bakpo lagu tu  gak. Dok pahe kito.
<Rose> hahaha



Dia terus membaca komen-komen tersebut  sehingga habis. Tangannya mula menekan butang-butang di telefon duster itu untuk menaip di ruang komen.
Belum sempat dia menghabiskan ayat, satu komen terbaru masuk.

<Ben,S> : Same with our memory before, right? The difference is, you gave the handkerchief to me first. ;)

Tangan Jack terhenti dari menaip.


'Cis, siapakah si polan ini.'

Seperti stalker tegar, Jack terus mengikuti perbualan di ruang komen itu. Satu demi satu komen diteliti. 

Semakin lama, Jack dapat merasakan aura mengayat dan miang dari lelaki itu.
Jack pantang betul dengan lelaki miang. Apatah lagi, si gadis itu adalah Rose. Dengan penuh gaya Jack menunding jari dan bercakap dengan marah  seakan pemuda itu ada dihadapannya. 

''Apehal  kau kacau Rose?'' 

''Rose tu dah la.."  Kata-katanya mati.

"Eh, Rose tu..". Terhenti lagi.

'Rose tu siapa, Jack?' Dirinya menyoal.

Dan dia membeku tiada jawapan.  
Terdiam lalu matanya terpandang lagi komen-komen miang si pemuda itu.

''Dem. Mengayat tahap lejen".  Dia mengomel.

Jack memalingkan muka. Kakinya menggedik. Kepala yang tak gatal digaru. Dahi juga tak lepas dari digaru. Tak tahan, leher pula digaru. Dia tidak tahu perasaan apakah ini.

Masa itu,seorang pakcik tua bersama seorang perempuan tua barangkali isterinya, melintasi Jack dikawasan dek itu. Terdengar pakcik tua itu berbisik pada isterinya,

"Awak jalan laju sikit, orang sebelah ni ada penyakit kurap. Karang berjangkit dekat saya awak jugek yang susah."


Jack terpaku. 








No comments:

Post a Comment